Aku dibuat seperti tidak ada perasaan. Sedangkan semua orang mempunyai perasaan tak kira gemuk, kurus, pendek, lonjong dan sebagainya. Oleh sebab itulah aku membenci kaum lelaki. Walaupun tidak setiap masa, tetapi bila mengenangkan kembali perlakuan mereka, aku semakin benci.
Aku bukanlah bernasib baik. Aku tidak dilahirkan semulajadi cantik seperi wanita lain. Aku juga tidak mempunyai susuk tubuh yang slim dan menawan. Kulitku juga tidaklah cerah walaupun bukan hitam, ditambah lagi dengan masalah jerawat yang selalu timbul. Aku tidak seperti wanita lain yang kekal kurus walau banyak manapun mereka makan.
Pada zaman remaja dahulu, aku seorang yang ceria. Namun aku mula rasa rendah diri bila banyak suara-suara sumbang yang mengejek fizikalku. Bila aku pulang ke kampung, bapa saudara dan sepupuku juga selalu mengejek fizikalku. Aku sedih. Sememangnya mereka tiada hati perut. Bukan aku minta dilahirkan begini.
Aku cuba untuk mengubah penampilanku. Tetapi bukan mudah. Perlukan belanja dan juga masa sedangkan aku masih lagi bergelar pelajar ketika itu.
.......bersambung
Cerita kampung
Posted by
nika
on Monday, August 17, 2009
Labels:
cerita kampung
/
Comments: (0)
Di sebuah kampung, terdapat sebuah rumah terpencil di tepi sungai. Seorang gadis tinggal seorang diri dalam rumah tersebut. Tiada siapa yang tahu kewujudan rumah itu dan gadis tersebut. Mungkinkah dia hantu? hehe. Bukan. Dia manusia biasa. Tetapi hidup memencilkan diri dari orang lain kerana menderita setelah dirogol beribu-ribu kali oleh hantu raya yang dibela oleh bekas kekasihnya. Sehingga kini, dia masih dirogol dengan ganas oleh hantu raya yang hodoh itu.
Itulah nasib Mira Nira. Dia hanya layak digelar gadis yang sudah hilang kesuciannya. Dulu, kata-kata ibu bapa dibantahnya demi bersama dengan Adil. Dia seperti terkena ubat pengasih oleh Adil. Mira seorang gadis yang cantik dan ayu. Seratus kali pandang wajahnya pun takkan jemu. Sedangkan Adil sangat hodoh, hitam dan gemuk.
Kata orang, Mira dan Adil sudah terlanjur. Oleh sebab itu, Mira bagai nak gila mahu berkahwin dengan Adil. Namun tiada siapa yang tahu kisah sebenar mereka. Selepas lari dari rumah, Mira mencari Adil untuk bernikah, tetapi Adil hilang tanpa kesan. Pergilah Mira membawa diri kerana malu kepada orang tua dan masyarakat ke kampung sebelah. Mujurlah tiada sesiapa di kampung bersebelahan yang mengenalinya.
..bersambung